Friday, October 14, 2016

Senarai pemenang hadiah Nobel 2016


Salah satu hadiah berprestij yang menjadi idaman mana-mana individu di dunia ini ialah hadiah Nobel. Ia merupakan penghargaan tertinggi ke atas usaha individu atau kumpulan di dalam beberapa kategori, seperti keamanan dan ekonomi. Pada tahun ini, apa yang menarik ialah penyanyi Bob Dylan di anugerahkan hadiah Nobel untuk bidang sastera. Tahniah!

Senarai 10 Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2016


Sebelum pelajar memilih untuk meneruskan pengajiab di IPT tempatan, ada baiknya mereka mengetahui ranking atau kedudukan mereka. Dari penilaian oleh QS University Rankings: Asia 2016 dan QS World University Rankings 2015/16, sebuah senarai telah dikeluarkan untuk melihat sendiri di mana kedudukan IPT-ITP tempatan, sama ada ia menaik atau merosot dari kedudukan tahun lepas. Berikut adalah senarai 10 universiti tempatan yang terbaik bagi tahun 2016. Untuk senarai penuh, sila ke sini.
  1. Universiti Malaya (UM) 
  2. Universiti Putra Malaysia (UPM) 
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) 
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) 
  7. Universiti Utara Malaysia (UUM) 
  8. International Islamic University Malaysia (IIUM) 
  9. Taylor’s University 
  10. Universiti Teknologi MARA – (UiTM)
Jadi, bagaimana? Adakah IPT pilihan anda termasuk di dalam senarai di atas?

10 akaun Youtube dengan jumlah video yang paling banyak ditonton di Malaysia

Selain dari Twitter dan Facebook, laman web yang paling popular sekarang ini terutamanya untuk menonton video-video viral terkini ialah Youtube. Kita lihat pula apakah channel atau akaun Youtube dari Malaysia dengan jumlah tontonan video tertinggi.


Thursday, October 13, 2016

10 akaun Facebook dengan jumlah pengikut yang paling banyak di Malaysia

Salah satu laman sosial yang paling popular masa kini ialah, tentunya laman Facebook. Tentu ada yang tertanya-tanya apakah akaun Facebook di Malaysia ini yang mempunyai pengikut atau 'fans' paling ramai? Mengikut Socialbakers, kedudukan pertama itu milik akaun Tintu-Mon, di ikuti oleh Upin dan Ipin. Tintu-Mon ini apa eh, hmmm. Okay la, sila lihat grafik untuk list penuh


10 akaun twitter dengan jumlah pengikut yang paling banyak di Malaysia

Mengikut Socialbakers, penyanyi dan usahawan tersohor Malaysia Siti Nurhaliza bukanlan pemilik akaun Twitter yang paling ramai pengikut di Malaysia. Hmm jadi, siapakah yang menduduki tempat pertama? Jawapannya ada di dalam grafik dibawah atau anda boleh klik sini untuk jawapan penuh.